Tuesday, March 19, 2013

membunuh atau terbunuh...


Alhamdulillah thumma alhamdulillah, selesai sudah satu exam 'Anatomy Spot Test FM1003'

Terus berkejaran balik ke bilik, tiada mood untuk stay back. Dalam kepala aku sudah sisipkan dalam jadual hari ini untuk menulis. Tidak boleh tidak aku mesti menulis.

Aku tidak mahu bercakap tentang exam, walau ada beberapa soalan yang tak dapat dijawab dengan sempurna. Biarlah, aku hanya mohon yang terbaik untuk diri aku dan ummah. Aku serahkan pada Dia untuk keputusannya.

Aku mahu menulis tentang kisah Akh Iman Syafiq. Hehs, aku tahu semua orang jga menulis tentang beliau. Biarlah, manakan sama tulisan mereka dengan lukisan hati sendiri. Sudah beberapa hari aku menyimpan angan untuk menulis. Apakan daya, dunia perubatan memaksa aku priority kan sesuatu yang lebih penting.

Siapakah beliau, tak perlulah bertanya saya kerana saya bukan orang yang selayaknya untuk bercerita. Tidak pernah kenal, tidak pernah jumpa, tidak pernah mendengar walau secubit tentang seorang da'ie supersaiya, Akh Iman Syafiq.

Jumaat lepas, ketika usrah sudah hampir ke penghujungnya, usrahmates aku sibuk bertanya naqibah aku (yg sudah bergelar doktor) tentang kerosakan hati (liver problem). Aku sibuk mengemas barang, mahu pulang untuk mempersiapkan barang keperluan sebelum ke program awal pagi esok. Mereka sibuk bercerita tentang seorang akh yang kemalangan dan sibuk menanya tentang possible treatment untuk akh itu. Malas nak ambil pusing. Aku dengar, kotak ingatan sibuk proses ilmu anatomy dan aku sendiri memilih untuk mengambil masa sejemput cuma itu untuk revise lecture anatomy (setakat yang mana ada dalam kepala).

Al-asr dan tasbih kafarah dibaca. Aku bergegas pulang. Meneruskan hidup seperti biasa.

Di dalam bas, terdengar perbualan akhawat tentang Akh Iman Syafiq. Mendengar condition beliau yang sangat tenat. Blood pressure amat rendah. Kata ukti itu,

" Kalau dia ditakdirkan meninggal, mesti dikira syahid. Hebatnya dia jika dipilih untuk syahid."

Sentap. Kali ini aku benar-benar ambil pusing tentang apa yang berlaku terhadap Akh Iman Syafiq. Hati aku meronta untuk cepat sampai supaya dapat access internet. Aku mahu tahu keadaannya yang sebenar. Aku mahu tahu da'ie hebat itu yang dipilih Allah untuk diuji dengan dahsyat itu. Aku benar-benar mahu tahu.

Sampai sahaja di tempat program, rupa-rupanya tiada wi-fi di hostel itu. Lemas sendiri dalam kemahuan yang hebat untuk mengetahui kisah da'ie hebat itu. Tidak lama melayan perasaan, cepat-cepat mencari tempat untuk solat dhuha. Biarlah aku tidak tahu tentang dia, aku juga mahu menembakkan doa untuk dia.

Turun tangga, muwajih sudah mahu mula menyampaikan taujihnya. Tiba-tiba datang seorang ukhti mengkhabarkan bahawa Akh Iman Syafiq sudah tiada.

Terasa melayang-layang.

"Allah pilih dia untuk syahid"

Frasa itu kedengaran diulang-ulang. Hampir menangis.

Allahu, hebatnya perjuangan dia sehingga dipilih untuk syahid.

Bagaikan tersedar dari lena yang panjang, itulah aku.

Aku yang baru mula melangkah ini, sudah sibuk mengeluh. Sibuk mencari alasan untuk tidak berjuang. Sibuk melatah bila binaan tak menjadi. Sibuk kata penat sedangkan kerja satu apa pun tak jalan. Menangis lagi...

Sudah sampai masanya untuk dia berehat. Berapa ramai yang menjadi saksi bahawa Akh Iman sudah menjalankan syahadatul haqnya. Ratusan ikhwah dan akhawat terbangun selepas kesyahidannya, termasuk aku. Dalam hati, aku juga bermonolog dengan Allah.

"Dia sudah selesai menjalankan tugas syahadatul haqnya di atas muka bumimu Ya Allah"

Ah, hebatnya dia. Sehinggakan semangat perjuangannya terus mengalir selepas ketiadaannya. Hebatnya si syahid itu.



********************************************

Akhawat yang disayangi kerana Allah,
hari ini kita masih disini,
berpijak diatas bumi Allah yang nyata,
nama kita masih belum dipanggil untuk menghadapnya,

Untuk masa-masa yang tinggal ini,
Allah masih memberikan kita peluang,
untk terus berjuang jalankan syahadatul haq,
untuk terus menerus membina individu muslim.

Gunalah masa yang ada dengan sebaiknya,

Aku yakin,
dalam hatimu dan hatiku,
tersimpan angan yang tinggi untuk syahid.
untuk bersama para syuhada' di jannah nanti

Dakap erat impian kita itu,
teruslah bekerja mencari mardhatillah,
satu masa nanti,
pasti sampai masa kita pula,'untuk pulang kepada Dia.

Akhawat yang disayangi kerana Allah,
semoga berjumpa di jannah firdausi nanti.

:')


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka. Mereka berperang dijalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam taurat, injil dan Al-quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung"
(AT-taubah: 111)









No comments:

Post a Comment